Friday 12 October 2012

Piala Maggie!!

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera.







Istilah "PIALA MAGGI" berasal daripada perkataan bahasa melayu yang mana dua perkataan telah digabungkan menjadi perkataan majmuk yang membawa satu maksud yang sangat istimewa, kerana piala maggi hanya di kg.kinandusan..*fakta yang tidak pasti* hehe..(sekitar kundasang).

Okay, Piala Maggi ni sebenarnya hadiah yang berbentuk maggi. hehe. Manakala pertandingan yang dibuat untuk piala maggi ni ialah pertandingan "Bola Sepak". (*fakta - Assrulee:2012,).

Pertandingan piala maggi ni merupakan satu AKTIVITI wajib yang akan dibuat setiap kali Hari Raya Aidilfitri, senang cerita merupakan satu program wajib tahunan. Biasanya piala maggi ni akan dibuat pada hari raya ke-2 ataupun hari raya ke-3. Kadang-kadang hari-hari biasa pun di kampung buat piala maggi, tadau kaamatan, kemerdekaan semua. Tapi yang paling meriah masa hari raya la sebab semua balik kampung.

Kalau cerita pasal kemeriahan piala maggi ni, sampai besok pagi pun tidak habis.. Kepada kaum kerabat di kampung kinandusan, tau lah diorang macam mana suasana kemeriahan masa piala maggi tu. hehe. Hujan ka, panas ka, tetap redah kalau piala maggi. haha. mimang siuk la bah!! bah, kita tengok dulu gambar-gambar pemain handalan kg.kinandusan....














































Macam mana dengan gambar-gambar di atas? memberangsangkan ka? hehe. macam tu la suasana piala maggi di kampung kinandusan. Orang lain sibuk beraya, kami semua sibuk main bola. hehe. sampai tebakar kulit kena matahari, sebab tu kalau lelaki-lelaki di kampung raya ke-3 dan seterusnya nampak merah ja..haha..pedih oo kena matahari, pakai "sun block" pun sama juga..tapi tu la namanya kemeriahan. Masa piala maggi tu ada lah juga dari kampung-kampung berdekatan yang datang join, tu yang sambutan piala maggi tambah meriah. Memang terbaik lah! Malas tulis banyak-banyak, lagi banyak sy tulis lagi bertambah kerinduan sy di kampung. Sekian.

....................wassalam...................


No comments:

Post a Comment