Thursday 11 October 2012

Climbathon?

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera.

Dalam ruangan Cerita kedai kopi kali ni, sy mau cerita sikit-sikit pasal climbathon. Mesti ramai yang tertanya-tanya apa tu CLIMBATHON kan? mari-mari sy cerita..yang jauh mari dekat, yang dekat sila dekat lagi..hehe..okay, sebenarnya climbaton ni adalah satu pertandingan, kalau ikut pemahaman sy climbathon ni pertandingan yang sangat lasak. kenapa sy cakap lasak sebab pertandingan ni macam merentas desa juga, tapi trek yang digunakan ialah trek naik Gunung Kinabalu. perghhhh!

Dulu pernah la juga sekali sy datang tengok climbathon ni, kalau tidak silap masa 2007. sempat la juga sy tunggu juara sampai di garisan penamat. Masa juara, naib juara dan ketiga sampai di garisan penamat satu benda ja sy tengok..(sy tengok kaki diorang ja, otot jangan cakap la memang berketul-ketul..yala, sudah namanya pelari climbathon kan. lepas tu kaki penuh dengan urat-urat otot..rasa kagum la dengan diorang masa tu.) Lagi satu masa tunggu diorang sampai tu, bukan main lama lagi. Memang bosan la tunggu, tapi nasib baik masa tu datang tengok sama-sama dengan sumandak (awek)..hehe. hidup kena pandai. hahaha.











Tengok gambar ni..haa lebih kurang mcm ni la situasi climbathon tu..* kalau zoom diorang punya otot paha tu nampak penuh dengan urat-urat..hehe.


Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang climbathon sila la clik di sini..

No comments:

Post a Comment