Saturday 13 October 2012

~~Zaman Sekolah~~

~~Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera~~

Dulu cikgu ada cakap, bila sudah tidak sekolah nanti.....kamu pasti akan merindui zaman persekolahan, dan ketika itu kamu akan berasa sangat menyesal jika kamu tidak belajar bersungguh-sungguh sekarang. Tapi masa tu sy buat tidak tau ja.."orang bilang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" hehe. Itulah realiti senario zaman persekolahan sy dulu. *tidak semua pelajar la....tapi kebanyakan....masih muda la katakan, belum matang lagi...hehe.

Memang benar cakap cikgu, sy sedang mengalami situasi itu sekarang...sy rindu zaman persekolahan sy.. Dulu cikgu cakap mcm tu sebab diorang pernah merasai apa yg sy rasa sekarang. Banyak kenangan yg tidak boleh dilupakan masa di zaman persekolahan dulu. Kalau ingat balik kenangan manis zaman persekolahan dulu, boleh tersenyum sendiri sekarang, kalau ingat kenangan pahit pun sama juga, pandai tersenyum sendiri sebab rasa lucu saat itu..haha..


Bertekun pasti berjaya
amalan kita semua
menimba ilmu
tanpa jemu
mengikut ajaran guru...
*hehe..lama sangat tinggalkan sekolah sampai lirik lagu sekolah pun ingat separuh saja..

Lencana di atas tu la lencana sekolah sy dulu. SMK LIKAS TERCINTA. :)

Sebelum sy bersekolah di Smk Likas, sy pernah bersekolah di SMK KUNDASANG selama 3 tahun. Form1 sampai Form 3. Tapi dalam entri ni sy lebih tekankan Zaman persekolahan sy di SMK LIKAS dari Form4 sampai Form6, sebab sy macam lupa-lupa sudah masa sekolah di kundasang dulu *senang cerita tidak banyak kenangan yang menarik la..hehe.

Macam biasalah kan...tengok-tengok gambar dulu...hehehe














Sorry la, ini saja gambar yg sy ada masa sekolah dulu.. Yang ni pun main copy saja dari facebook, gambar yang kawan-kawan satu sekolah dulu tag di facebook sy..hehe..

Nasihat saya ialah, Rinduilah zaman persekolahan anda...hehe
Dan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, dengar la cakap cikgu dan belajarlah bersungguh-sungguh, kalau rasa macam mau cari awek, cari di Universiti, berlambak-lambak..hahaha..*gurau-gurau..

Sekian sahaja untuk kali ini.

~~wassalam~~

Friday 12 October 2012

Piala Maggie!!

Assalammualaikum WBT dan selamat sejahtera.







Istilah "PIALA MAGGI" berasal daripada perkataan bahasa melayu yang mana dua perkataan telah digabungkan menjadi perkataan majmuk yang membawa satu maksud yang sangat istimewa, kerana piala maggi hanya di kg.kinandusan..*fakta yang tidak pasti* hehe..(sekitar kundasang).

Okay, Piala Maggi ni sebenarnya hadiah yang berbentuk maggi. hehe. Manakala pertandingan yang dibuat untuk piala maggi ni ialah pertandingan "Bola Sepak". (*fakta - Assrulee:2012,).

Pertandingan piala maggi ni merupakan satu AKTIVITI wajib yang akan dibuat setiap kali Hari Raya Aidilfitri, senang cerita merupakan satu program wajib tahunan. Biasanya piala maggi ni akan dibuat pada hari raya ke-2 ataupun hari raya ke-3. Kadang-kadang hari-hari biasa pun di kampung buat piala maggi, tadau kaamatan, kemerdekaan semua. Tapi yang paling meriah masa hari raya la sebab semua balik kampung.

Kalau cerita pasal kemeriahan piala maggi ni, sampai besok pagi pun tidak habis.. Kepada kaum kerabat di kampung kinandusan, tau lah diorang macam mana suasana kemeriahan masa piala maggi tu. hehe. Hujan ka, panas ka, tetap redah kalau piala maggi. haha. mimang siuk la bah!! bah, kita tengok dulu gambar-gambar pemain handalan kg.kinandusan....














































Macam mana dengan gambar-gambar di atas? memberangsangkan ka? hehe. macam tu la suasana piala maggi di kampung kinandusan. Orang lain sibuk beraya, kami semua sibuk main bola. hehe. sampai tebakar kulit kena matahari, sebab tu kalau lelaki-lelaki di kampung raya ke-3 dan seterusnya nampak merah ja..haha..pedih oo kena matahari, pakai "sun block" pun sama juga..tapi tu la namanya kemeriahan. Masa piala maggi tu ada lah juga dari kampung-kampung berdekatan yang datang join, tu yang sambutan piala maggi tambah meriah. Memang terbaik lah! Malas tulis banyak-banyak, lagi banyak sy tulis lagi bertambah kerinduan sy di kampung. Sekian.

....................wassalam...................